
Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Kementerian Kerja Raya 2010 telah diadakan pada 2 September 2010 bertempat di Plaza Tol Gombak, (Arah timur), Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak. Majlis dirasmikan oleh Y.B Dato’Shaziman Abu Mansor, Menteri Kerja Raya. Didalam sidang akhbar selepas majlis pelancaran tersebut, YB Menteri telah mengumumkan kadar pemberian Diskaun Tol Sempena Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengguna lebuhraya.
Kementerian Kerja Raya telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama Y.B Dato’Shaziman Abu Mansor , Menteri Kerja Raya pada 25 Ogos 2010 . Majlis tersebut telah dimeriahkan dengan penyertaan warga dari semua peringkat . Sumbangan warga Kementerian Kerja Raya telah disampaikan kepada ibu – ibu tunggal sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri .
Majlis Perasmian Galeri Malaysia Bersatu Untuk Keselamatan Jalan Raya (MUFORS) telah diadakan pada 20 Ogos 2010.